Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berpandangan mana-mana pihak atau individu tidak seharusnya menyekat amalan demokrasi yang telah lama subur dalam parti itu.<br /><br />Menurut Mohamed Nazri, sebagai sebuah parti yang terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini, UMNO perlu menunjukkan contoh dengan membenarkan pemilihan semua jawatan dalam parti dipertandingkan.<br /><br />Untuk membincangkan mengenai perkara ini, bersama saya ketika ini ialah Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian.